KUALA LUMPUR: Polis telah menerima lapan laporan di seluruh negara setakat ini berkaitan isu logo sebuah syarikat kasut terkenal didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, berikutan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan manakalaSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.
"Polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun, petang tadi, di Pulau Pinang yang mendakwa melihat satu video berhubung isu kalimah Allah di tapak kasut di laman Facebooknya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial berkenaan seorang lelaki mendakwa kasut Vern's yang dibelinya memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam maklum balas berkaitan isu itu berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Razarudin berkata, satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Logo seakan kalimah Allah di tapak kasut: Polis terima lapan laporan - KPN
Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
Kasut 'Last Dance' milik Michael Jordan dijangka pecah rekod lelongan
Bidaan untuk kasut Air Jordan XIII itu telah mencapai AS$1.8 juta hanya beberapa jam selepas lelongan dimulakan.
Industri tekstil, pakaian, kasut sumbang RM1.21 bilion kepada KDNK pada suku kedua 2022 - MITI
Industri tekstil, pakaian dan kasut menyumbang RM1.21 bilion atau 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku kedua 2022.
Kisah dari kaki lima, cerita jarum, kasut dan insan di sebaliknya
Berbekalkan peralatan yang ada, mereka tekun menjahit, menampal, membaiki satu demi satu sepatu pelanggan.
Bukan sekadar perhiasan, aksesori dan kasut tampil personaliti diri
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa.
Wan Irfayuim rela lepaskan kasut vintaj 104 tahun demi kelangsungan hidup
Seorang lelaki dari Pahang telah bersetuju untuk membeli kasut itu dengan harga yang ditawarkan, dan dijangka akan membuat bayaran hari ini.
Beg tangan, kasut, milik Rosmah dan Nooryana adalah hadiah dari rakan, orang kenamaan
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan yang disita pihak polis di kediaman Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1MDB, adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan.
Jangan jadi seperti Imelda Marcos, kata SPRM
Rakyat di negara ini diingatkan supaya tidak mengagungkan individu yang mempunyai kesalahan rasuah seperti yang pernah berlaku di Filipina.
Nike nafi keluarkan kasut titis darah 'Satan Shoes', fail tuntutan terhadap MSCHF
Syarikat gergasi itu menyatakan MSCHF tidak pernah diberi kebenaran untuk mengeluarkan produk yang menyerupai kasut Nike, dan ia jelas mengelirukan pengguna.